Covid-19: 17.5 juta telah dijangkiti, hampir 700,000 kematian


ANGKA
jangkitan wabak Covid-19 di seluruh dunia kini telah melebihi angka 17.5 juta kes.

Berdasarkan data terbaharu Johns Hopkins University setakat pagi Ahad, sebanyak 17,793,532 kes aktif telah disahkan.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.6 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.7 juta kes dan India, 1.6 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 843,000 kes.
https://t.me/kartelmedia
Enam negara - Afrika Selatan, Mexico, Peru, Chile, Iran dan United Kingdom pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif.

Sementara Colombia, Sepanyol, Pakistan, Arab Saudi  dan  Itali antara negara catat lebih 200,000 jangkitan.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 di bawah 100,000 kes.

Diseluruh dunia pula, angka kematian kini mencecah 700,000 orang.

Jumlah kumulatif kematian global kini berada pada angka 684,075

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 154,000 kematian.

Post a comment

0 Comments