Dakwaan TYT Sabah terima rasuah berniat jahat


ISTANA
Negeri Sabah menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dalam isu kemelut kuasa politik di negeri itu.

“Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat

“Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) amat kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengaitkannya,” kata Setiausaha sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli pada sidang media di Istana Negeri Sabah.

Abinan sebelumnya merujuk kenyataan pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Zulkarnain Mahdar ketika membuat laporan dakwaan salah laku terhadap Juhar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Rabu.
https://t.me/kartelmedia
Selain mengaitkan salah guna kuasa, Zulkarnain turut mendakwa kononnya Juhar menerima rasuah serta menerima imbuhan tertentu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Katanya, Juhar sepatutnya bersikap berkecuali dan bertemu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah terlebih dahulu sebelum membubarkan DUN.

Sementara itu, Abinan turut menjelaskan bahawa Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.

Malah tegasnya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada  Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar dan tidak pernah mengarahkan polis untuk menyekat Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai.

Sekatan itu sebaliknya dibuat bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sebagai rekod,  Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.

Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Adun Sabah untuk menghadap Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru.

Post a comment

0 Comments