Exco tolak tohmanah MBSA tindas peniaga


KERAJAAN
Negeri Selangor menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menindas golongan peniaga kecil.

Sebaliknya, seorang Exco kerajaan negeri Ng Sze Han berkata, inisiatif bagi membantu golongan itu telah giat dijalankan.

Malah jelasnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program penyusunan semula peniaga kecil di Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh dan terbukti banyak membantu golongan berkenaan.

“MBSA sebagai sebuah PBT yang bertanggungjawab kepada keselamatan dan kesejahteraan setempat perlu responsif terhadap semua aduan dan cadangan orang awam supaya tidak terkesan daripada sebarang kacau ganggu yang akan menjejaskan keselamatan orang ramai.

“Syabas dan sekalung penghargaan kepada MBSA kerana telah bertindak selaras aspirasi Kerajaan Negeri dalam membantu para penjaja dan peniaga kecil tempatan secara proaktif dan progresif,” kata dalam kenyataan.

Terdahulu, tindakan MBSA menjalankan operasi mengempur dan merobohkan struktur binaan tanpa permit antaranya tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.

Turut dirobohkan adalah struktur binaan tiada kelulusan termasuk tempat parkir kenderaan.

Difahamkan, operasi itu susulan penularan satu rakaman video oleh pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendakwa pihak berkuasa pilih kasih ketika mengambil tindakan.

Sementara itu, Ng berkata, program penyusunan semula peniaga kecil yang berlangsung di Dewan Meranti, Sungai Buloh mendapat sambutan baik.

114 peniaga yang memenuhi syarat diluluskan permit penjaja sementara secara serta-merta.

25 pemilik premis kedai dan pejabat serta 68 pemilik kilang teres di Jalan Perusahaan 2 dan 3 turut hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat. 44 orang daripada kumpulan tersebut mengemukakan permohonan permit bangunan secara lengkap dan memperoleh kelulusan serta-merta pada hari yang sama.

MBSA juga turut menyediakan taklimat bagi memberi penerangan mengenai perkara melibatkan permohonan permit ubah suai bangunan, kebenaran merancang dan kebersihan serta keselamatan makanan.
 



Post a comment

0 Comments