Fitnah liwat 4: Polis panggil Ramesh Roa


PRESIDEN
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan.

Ia susulan pengakuan seorang individu bahawa dia telah diperalat dan dipergunakan oleh Ramesh untuk membuat tuduhan tersebut melalui akuan bersumpah (SD) yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan itu.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid seperti laporan media.

"Kami akan memanggil Ramesh untuk dirakam percakapan di Bukit Aman esok, selepas satu laporan diterima berhubung isu SD itu.

"Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes ini," kata   dipetik.

Terdahulu, Individu terbabit dengan SD berkenaan tampil membuat penjelasan bahawa dirinya dipergunakan untuk memburukkan Anwar.

SD bertarikh 29 Jun lalu itu mendakwa kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Subang pada 2013, dia mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel sebelum melakukan perbuatan berkenaan dengan bayaran RM300.

Malaysiakini dalam laporannya berkata, lelaki itu membuat laporan polis terhadap Ramesh dan bloger Raja Petra Kamaruddin setelah blog Malaysia Today menerbitkan artikel mengenai tuduhan liwat berkenaan.

"Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosial keatas saya.

"Maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.

"Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan kepada Dato Sri Ramesh Rao dan Raja Petra yang menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial," menurut laporan yang dikongsikan Malaysiakini.

Lelaki itu turut mendakwa Ramesh Rao berjanji akan memberikannya habuan atau pampasan atas tindakan tersebut.
 

Post a comment

0 Comments