Gaji rendah: MTUC bidas gesaan menteri PN


MENTERI
Sumber Manusia M Saravanan dibidas susulan gesaannya supaya rakyat mengambil apa saja pekerjaaan, termasuklah yang bergaji rendah dalam sektor kotor, bahaya dan sukar (3D).

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melalui Setiausaha Agung-nya J Solomon kerajaan tidak sewajarnya mensasarkan kesalahan kepada golongan randah ketika mereka tidak mengambil langkah bagi menyelesaikan jurang pendapatan antara pengurusan tertinggi syarikat dan kerajaan berbanding pekerja biasa.

“Kami mahu tanya menteri, kenapa dia selalu sasar golongan pekerja berpendapatan rendah, sedangkan tidak menangani pendapatan yang terlalu tinggi (sinfully highly-paid) di kalangan pengurusan tertinggi dan ahli politik negara ini yang sepatutnya boleh menyelamatkan banyak (peluang) pekerjaan dengan memotong gaji dan upah mereka.

“Kenapa dia tak cadangkan dalam masa krisis ini, agar siling (pendapatan) ditetapkan, berbanding membiarkan pihak yang berkenaan menentukan sendiri gaji dan bonus mereka,” soal Solomon sambil merujuk ahli-ahli parlimen yang dilantik mengepalai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) baru-baru ini?

“Mereka dapat semua elaun ahli parlimen, tambahan kepada emolumen GLC yang boleh mencecah lebih RM40,000 sebulan,” kata Solomon.
https://t.me/kartelmedia
Pada Sabtu, Saravanan dilapor membuat gesaan agar rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan semasa wabak Covid-19 agar menggapai apa saja peluang pekerjaan. Hujahnya, bergaji rendah lebih baik daripada tiada gaji.

Solomon ketika menjawab gesaan itu sekali lagi menegaskan bahawa MTUC sudah berkali-kali memberi peringatan bahawa gaji yang rendah merupakan penghalang utama untuk rakyat Malaysia bekerja dalam sektor 3D.

“Dibantu polisi kerajaan, majikan dapat mengekalkan gaji yang rendah untuk pekerjaan sebegini sedangkan mereka mengaut keuntungan yang tinggi. Majikan ambil kesempatan ke atas pekerja asing yang miskin, yang bergantung pada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup,” kata Solomon.

“Contohnya, seorang CEO di sebuah syarikat milik Malaysia yang terkemuka mendapat pendapatan 7,000 kali lebih tinggi berbanding pekerja. Syarikat yang sama memilih untuk membuang 30 peratus tenaga kerjanya semasa wabak (Covid-19), berbanding memotong gaji pengurusan tertingginya untuk mengekalkan sebahagian pekerjaan,” katanya lagi.
 

Post a comment

0 Comments