GP Czech: pelumba Petronas dalam keadaan baik


PELUMBA
Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo memberi amaran awal pada sesi latihan bebas dalam saingan MotoGP di Republik Czech.

Quartararo yang memenangi kedua-dua perlumbaan musim ini mencatat masa terpantas di saat akhir pada sesi kedua sesi latihan selepas bergelut dengan masalah cengkaman tayar belakang pada jenteranya diatas litar Brno.

"Perkara paling positif ialah kami sangat pantas untuk satu pusingan tapi kami perlu bekerja-keras mengenai kepantasan dalam perlumbaan.

"Saya sudah tahu apa masalahnya, jadi kami boleh menumpukan mengenai perkara itu," kata pelumba Perancis itu.

Pada sesi latihan bebas itu, Quartararo mencatatkan masa 0.007 lebih pantas berbanding rakan sepasukan, Franco Morbidelli.

Pelumba KTM-Tech 3 membuat kejutan apabila mencatatkan masa ketiga terpantas dalam latihan itu.
https://t.me/kartelmedia
Dalam perkembangan berkaitan, pelumba Moto3 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), John Mcphee berharap pasukannya dapat melakukan sesuatu untuk perlumbaan hujung minggu ini.

McPhee berkata, dia berpuas hati dengan pencapaian pada sesi ujian bebas hari ini dan mahu melakukan yang terbaik pada sesi kelayakan hari ini.

"Saya rasa sungguh selesa berlumba di trek ini. Saya mengharapkan pasukan dapat melakukan yang terbaik pada sesi kelayakan esok (Sabtu).

Kami mahu berada pada posisi terbaik untuk memulakan perlumbaan sebenar nanti," kata naib juara GP Andalusia 26 Julai lalu itu.

Rakan sepasukan Mcphee, Khairul Idham Pawi pula dilapor semakin dapat menyesuaikan diri dengan jentera setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan, terutamanya pada bahagian hadapan jentera.

"Sejak pagi saya benar-benar positif kerana saya semakin dapat menguasai jentera saya setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan," kata anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu.

Post a comment

0 Comments