GP Styria: Oliveira 'cilok' tang konar


PELUMBA pasukan KTM Tech 3, Miguel Oliveira membuat kejutan apabila memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Styria di Litar Red Bull Ring.

Olivera, pelumba kelahiran Portugis itu mengungguli perlumbaan apabila berjaya memintas dua pelumba dihadapannya yang bersaing bagi kedudukan pertama di selekoh terakhir perlumbaan.

Dalam perlumbaan semula yang dipendekkan kepada 12 pusingan akibat kemalangan, Espargaro dari KTM dan pelumba Ducati-Pramac saling bersaing untuk menjadi pemenang.
 
Bagaimanapun kedua-duanya hampir terbabas di selekoh sebelum garis penamat dan sekaligus membuka ruang buat Oliveira yang berada di belakang kedua-duanya untuk memintas.

Miller menduduki tempat kedua dan Espargaro hanya berpuas hati di tempat ketiga.

 
Vinales berdepan masalah brek
Sebelumnya marshall perlumbaan mengibarkan bendera merah, ia susulan kemalangan membabitkan pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick ViƱales.

Ketika memasuki pusingan ke-16, Vinales terpaksa melepaskan motornya di laluan lurus sebelum selekoh pertama. Ia susulan motosikalnya berdepan masalah brek.

Sementara itu, penunggang Team Suzuki Ecstar’s Joan Mir yang mendahuli perlumbaan dengan cemerlang sebelum perlumbaan dimulakan semula sekadar berpuas hati di tempat ke 4 sebaik perlumbaan tamat.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas SRT Yamaha yang dilihat berdepan kesukaran di litar yang banyak laluan lurus ini sekadar menduduki tempat ke-13 namun masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan.

Kemenangan Olivera di atas litar Red Bull Ring ini juga merupakan kejayaan pertama buat pasukan KTM Tech-3 yang pada musim lalu dikritik kerana tidak mampu memberi saingan baik buat pasukan lain.

Post a comment

0 Comments