Gunung berapi Sinabung keluar debu panas


PIHAK
Berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran susulan gunung berapi Sinabung di Utara Sumatera meletus lewat petang semalam.

Menurut Agensi Gunung Berapi Kebangsaan, gunung berapi setinggi 2,475 meter yang terletak di daerah Karo itu telah dikesan mengeluarkan debu sehingga mencapai ketinggian dua kilometer (km).

Agensi itu memaklumkan, debu berkenaan menuju ke bahagian timur kawah gunung berapi.

Kompas dalam laporannya berkata, letusan lewat petang semalam itu berlangsung selama 1 jam 44 minit.
https://t.me/kartelmedia
Walaupun masih belum ada bahaya yang berpotensi tinggi di sekitar gunung berapi, agensi itu memberitahu bahawa gunung berapi berkenaan berpotensi untuk terus meletus, dengan mengeluarkan awan panas.

Hujan debu gunung berapi yang lebat juga boleh mengundang bahaya kepada kawasan di cerun gunung dan bahan dari gunung mungkin akan tersebar jauh oleh angin di kawasan luar cerun menurut agensi itu lagi.

Sehubungan itu,pesawat kini dilarang terbang di ruang udara berhampiran gunung tersebut.

Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah pada Jun 2019 di mana ia mengeluarkan debu setinggi tujuh km.

Post a comment

0 Comments