Guru maut kereta terjunam


DUA guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dekat Tawau maut selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke tebing sungai selepas dipercayai terbabas.

Dalam kejadian berhampiran Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar jam pada 6 pagi semalam, Dayana Damsah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.

Mangsa sedang diselamatkan | Sumber- Google
Dayana, difahamkan baru melangsungkan perkahwinan pada 27 Julai lalu.

Turut terbabit dalam kejadian itu ialah Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin yang merupakan rakan setugas Dayana dan Nurizyani. Kedua-dua mereka dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Tawau.  

https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira 6.02 pagi. Susulan itu tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan dan terhumban ke tebing sungai.

"Empat mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan kesemua mangsa parah.

"Dua mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam, sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tawau," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kawasan sekitar Unit Perubatan Forensik Hospital Tawau apabila rakan dan ahli keluarga yang hadir tidak dapat menahan sebak sebaik mayat mangsa tiba.

Difahamkan ketika kejadian kesemua mereka dalam perjalanan ke sekolah.

Post a comment

0 Comments