Hamilton juara Grand Prix Belgium


PELUMBA Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton mencatat kemenangan ke-89 kariernya apabila memenangi perlumbaan di Grand Prix Belgium semalam.

Hamilton yang bermula di petak depan mendahului setiap pusingan sebelum melintasi garisan penamat 8.448 saat di depan rakan sepasukan Mercedes Valtteri Bottas.

Ia adalah kemenangan kelima Hamilton dalam tujuh perlumbaan tahun ini dan keempat di Belgium. Kejayaan itu melebarkan rekod perlumbaan yang memberikan mata kepada 40 perlumbaan.

"Ia bukan perlumbaan yang mudah. Sedikit bergelut, tetapi saya rasa ia berakhir dengan baik," kata Hamilton sebaik perlumbaan tamat.

Selain itu, Max Verstappen dari Red Bull berada di tempat ketiga, untuk penamat podium keenam berturut-turut. Manakala pasangan Renault, Daniel Ricciardo dan Esteban Ocon, berada di tempat keempat dan kelima

Susulan kejayaan itu,  Hamilton mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia dan hanya kurang dua mata untuk menyamai rekod 91 kemenangan Formula Satu (F1) milik Michael Schumacher.

Hamilton kini mengumpul 157 mata dalam kejuaraan pemandu, 47 di depan Verstappen. Mercedes turut mendahului kejuaraan pengeluar dengan 264 mata, manakala Red Bull kedua pada 158.
 

Post a comment

0 Comments