HARAPAN tak tanding PRK Slim


GABUNGAN
parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) secara rasmi telah mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Setiausaha Sekretariat HARAPAN, Saifuddin Nasution Ismail dipetik laporan sebuah portal mengesahkan perkara itu dan ketetapan tersebut menurutnya telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan baru-baru ini.

Tambahnya, gabungan itu turut telah bersetuju memberi ruang untuk kumpulan Bersatu 'Blackout'yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan calon mereka.
https://t.me/kartelmedia
"HARAPAN bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun bertanding," katanya dipetik Malaysiakini.

Pilihan Raya Kecil dijadualkan pada 29 Ogos ini, ia diadakan selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK itu diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada calon Bersatu 'Blackout' bakal menggunakan tiket HARAPAN pada PRK itu atau sebaliknya, Saifuddin berkata beliau tidak mempunyai jawapan mengenai soalan itu.

"Tidak ada idea. Hanya Tun (Dr Mahathir) boleh jawab," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments