Individu didakwa pencetus kluster Sivagangga dipenjara


PEMILIK
kedai nasi kandar di Napoh, Jitra yang didakwa pencetus kluster Sivagangga di negara ini dipenjara lima bulan dan denda RM12,000

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, dihadapkan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta sama.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di premis Public Bank Cawangan Jitra lebih kurang jam 3 pada 14 Julai lepas.

Dalam pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama di premis Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu lebih kurang jam 3.35 petang pada tarikh sama.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan tidak mematuhi arahan pengawasan dan pemerhatian itu lebih kurang jam 3.58 petang pada hari sama di premis Agro Bank Cawangan Jitra.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan berada di premis Bank Rakyat Cawangan Jitra lebih kurang jam 4.40 petang pada tarikh sama.

Nezar yang sedang dirawat di Hospital Lama Alor Setar membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Timbalan Pendakwaraya negeri, Zabidah Ahmad turut dilapor mengemuka hukuman maksima diperuntukkan di bawah seksyen ini dan penjara sebagai 'deterrence' kepada tertuduh dan memberi pengajaran kepada orang awam agar tidak melanggar perintah dikeluarkan kerajaan.

Beliau membuat permohonan itu memandangkan tertuduh Kluster Sivagangga menyebabkan kesihatan awam terjejas melibatkan 45 kes jangkitan dan ekonomi negara terjejas melibatkan kerugian RM1 juta di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kubang Pasu.

Sebagai rekod, kluster Sivagangga dipercayai bermula setelah pemilik restoran itu  tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari luar negara.

Kluster Sivagangga kini menjadi antara kluster terbesar di Malaysia,yang merebak ke kawasan lain di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Ia turut dikaitkan dengan genom Covid-19 yang dikenali sebagai perebak utama (superspreader) seperti di Mesir dan Pakistan.

Post a comment

0 Comments