Jamal gagal ketepi saman pemimpin DAP


JAMAL Md Yunos gagal mengetepikan saman fitnah difailkan bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim Yeo Bee Yin terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu selepas peguam untuk kedua-dua pihak berhujah petang ini.

"Mahkamah menolak permohonan itu berdasarkan alasan bahawa ia tiada merit.

"Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM2,000 (yang perlu dibayar oleh Jamal kepada Yeo)," kata  peguam Jamal, Mohammad Nasser Yusof.

Hakim Rozana Ali Yusof menetapkan 9 Oktober depan untuk tarikh pengurusan kes.

Yeo yang juga Ahli Parlimen Bakri memfailkan tindakan saman fitnah terhadap Jamal pada 14 Jun 2017.
https://t.me/kartelmedia
Pada pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa bahawa Jamal selaku defendan telah mengeluarkan kenyataan fitnah berkaitan isu Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di laman Facebooknya.

Kenyataan itu kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita dalam talian.

Yeo mendakwa kenyataan itu, antara lain, memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk kegunaan peribadi dan merupakan seorang yang tidak mempunyai etika serta tidak boleh dipercayai.

Susulan itu, Yeo meminta ganti rugi RM5 juta sebagai ganti rugi am daripada Jamal. beliau turut memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya mengulangi kenyataan tersebut.
 

Post a comment

0 Comments