Jamu makan guna wang GLC tindakan memalukan



AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan jamuan makan oleh Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) atau kementerian tertentu yang ditaja khas untuk pemimpin sebagai sesuatu yang memalukan.

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Menteri Wilayah itu berkata, sekiranya pendedahan dibuat Ahli Parlimen Batu sebelum ini benar, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya pun tak tahu betul atau tak betul, sebab kita tak nampak laporan kewangan (mengenainya). Ya atau tidak ia dibayar (ditaja) pihak oleh kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Sama ada bilnya sampai RM6,000 atau RM10,000 kita pun tak tahu.
https://t.me/kartelmedia
“Tetapi sekiranya ia benar maka memang satu tindakan yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” katanya menurut laporan portal itu.

Khalid sebelumnya mengulas isu dibangkitkan Ahli Parlimen kawasan Batu, P Prabakaran sebelum ini yang mendakwa sejumlah pemimpin PN serta Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menikmati hidangan makan tengah hari dengan menu yang didakwa bernilai ribuan ringgit tajaan GLC dan kementerian tertentu.

Prabakaran dalam perkongsian di laman Facebooknya turut berkongsikan bil jamuan itu yang bernilai lebih RM6,000.

BACA:
Azmin digesa jelaskan siapa taja 'private party'

Kos itu antara lain caj untuk udang galah berharga RM2,785, ikan kerai goreng (RM1,950), ayam kampung goreng (RM560), gulai patin tempoyak (RM980), ulam dan sambal (RM75) dan sayur campur (RM175).

Antara pemimpin PN yang hadir pada jamuan itu ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, Shahidan Kassim (Arau), Mahdzir Khalid (Padang Terap), dan Azmin Ali (Gombak).

Sementara itu Khalid menegaskan sekiranya perkara itu benar, wang ribuan ringgit tersebut lebih layak dibelanjakan untuk rakyat antaranya dengan memperbaiki kemudahan awam atau menambah kelengkapan tugas untuk penjawat awam. 

“Kita tahu mereka (PN) seronok jadi kerajaan, mereka mahu menyambutnya setiap hari... mungkin sebab mereka rasa tak lama (dapat bertahan).

"Sambil mereka berkuasa, mereka nak enjoy (berseronok) tapi ia satu tindakan yang tak bertanggungjawab,” katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments