Jangan jadi pengecut, ganggu keluarga - Lim Guan Eng


SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng mencabar musuh politiknya supaya menjadi anak jantan.

Melalui satu kenyataan, bekas Menteri Kewangan di era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, serangan dilancarkan terhadapnya tidak harus membabitkan keluarganya. 

“Kepada seteru politik, jadilah anak jantan. Nak serang saya, suka hati anda.

"Jangan jadi pengecut dan ganggu keluarga saya,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor media.
https://1.bp.blogspot.com/-IdYCpOMs-hc/XwSUOszx8LI/AAAAAAAAI8Y/aPj7CsLRzh07PeghbhzS215BqokwDlgyQCLcBGAsYHQ/s400/Follow%2BTelegram.jpg
Jumaat lalu, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan minta dibicarakan. 
Manakala isterinya, Betty  Chew diambil keterangan pada Jumaat dan ditahan pada hari sama. 

Kedua-dua mereka turut dilapor akan dihadapkan di Mahkamah Butterworth pada minggu ini.

"Betty Chew akan didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 11 Ogos 2020, cuma 4 hari selepas kenyataannya diambil dan dia ditahan.

"Betty sendiri tidak faham mengapa dia didakwa sedangkan pendapatannya sebagai seorang peguam," tegas Lim.

Sabtu lalu, Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mahu kerajaan tuduhan terhadap menantunya, Betty digugurkan.

Kit Siang menyifatkan tuduhan terhadap Betty seolah-olah percubaan untuk mengambarkan Betty Chew sebagai Rosmah Mansor kedua Malaysia.

Tambahnya, jika rumah menantunya itu digeledah, pihak berkuasa tidak akan menjumpai 12,000 barangan kemas, 423 jam tangan mewah, 567 beg tangan daripada 72 jenama, 272 beg tangan Hermes atau wang tunai berjumlah RM116.7 juta dalam 26 mata wang seperti ditemui di kediaman Rosmah.

"Kita harus kekal menghormati kehidupan awam dan tidak memusnahkan keluarga serta menyasarkan anggota keluarga. Tindakan sebegini harus dihentikan," katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin pembangkang sebelum ini memberi pandangan mereka berhubung tindakan dikenakan terhadap Lim dan isterinya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, beliau cenderung percaya tuduhan ke atas Lim adalah bermotifkan politik.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya perbicaraan membabitkan  Lim Guan Eng dan isterinya dilakukan adil dan tidak bermotifkan politik penganiayaan.

Post a comment

0 Comments