Kes baru Covid-19 di New Zealand selepas 102 hari


KERAJAAN
New Zealand mengumumkan penularan jangkitan tempatan pertama koronavirus (Covid-19), lapor AFP.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, berkata empat kes baharu dikesan membabitkan satu keluarga di Auckland daripada sumber jangkitan yang tidak diketahui.

"Selepas 102 hari, kita merekodkan empat kes baharu COVID-19 yang berada di luar zon pengasingan atau pusat kuarantin... Kita sudah berusaha keras untuk membendung perkembangan baharu ini.

"Bagaimanapun kita sudah mengatur rancangan dan bersedia untuk menghadapinya," katanya.

Susulan kes baru inim New Zealand dilapor turut menguatkuasakan perintah larangan keluar rumahdi Auckland.

Perintah itu bakal dikuatkuasakan untuk tempoh sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari dan beberapa sekatan seperti penjarakan sosial akan dikembali dilaksanakan kembali di seluruh negara.

https://t.me/kartelmedia
Sebagai rekod, New Zealand sebelum ini mendapat pujian global berikutan kejayaannya membendung penularan jangkitan virus itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjadikan negari itu sebagai  contoh berikutan berjaya menghapuskan penularan jangkitan dalam kalangan rakyatnya.

New Zealand hanya merekodkan 22 kematian di negara yang mempunyai 22 juta penduduk dan tidak mencatatkan sebarang penularan tempatan sejak 1 Mei lalu.
 

Post a comment

0 Comments