Khairuddin Aman akhirnya ke Bukit Aman


MENTERI
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali dilapor hadir ke Bukit Aman jam 8 malam tadi.

Beliau hadir bagi memberi keterangan susulan dakwaan ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
 
Sebelum ini Khairuddin dikompaun sebanyak RM1,000 kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Khairuddin sebelumnya dipanggil ke Bukit Aman pada Rabu sebelum lokasi di ke Parlimen sebelum kemudian ditangguhkan pula ke hari ini.

Sebelum ini, tindakan ulama PAS itu ingkar SOP dikecam ramai. Turki mencatatkan lebih daripada 250,000 kes dengan lebih 6,000 kematian pendemik tersebut.

Susulan itu, sebanyak 27 laporan polis dibuat terhadap pemimpin ulama PAS itu. Malah Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu dan kertas siasatan mengenainya difahamkan telah diserahkan  kepada polis untuk tindakan lanjut.
    
Sekiranya Khairuddin didakwa di Mahkamah dan dikenakan denda serupa dengan beberapa kes pelanggaran SOP itu seperti dilapor media sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bakal kehilangan kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Ia berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia (e) memperuntukkan seorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan jika dikenakan hukuman denda minimum RM 2 000 atau penjara lebih daripada setahun.

Seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM 2 000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Pentadbiran Muhyiddin turut menerima tempias dari tindakan Khairuddin. Putrajaya dituduh bersikap berat sebelah dalam kes membabitkan menteri kabinet itu.

Post a comment

0 Comments