Kit Siang sifatkan nasihat PM sebagai 'hipokrit"


MUHYIDDIN
Yassin dibidas kerana tidak berani membuat kenyataan tegas untuk mengarahkan menteri dalam pentadbirannya yang melanggar SOP wajib kuarantin supaya meletak jawatan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang dipetik laporan FMT berkata, walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sering mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya bertanggungjawab dan berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, namun gagal mengawal ahli kabinetnya.

Merujuk apa yang berlaku dalam kes menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali, Lim berkata, rakyat kecewa kerana nasihat perdana menteri supaya mematuhi peraturan “tidak sampai kepada menterinya”.

Nasihat supaya SOP itu dipatuhi yang disampaikan perdana menteri kepada rakyat itu tegas Lim hanyalah “nasihat hipokrit”

Muhyiddin dilapor menyampaikan nasihat itu ketika mengumumkan lanjutan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) hingga 31 Disember ini.

Sebelum ini, Khairuddin diserang hebat berikutan tindakannya gagal menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki pada Julai lalu dengan ada pihak menggesanya meletak jawatan.

Hari ini Khairuddin menegaskan tiada keperluan untuk beliau meletak jawatan kerana apa yang berlaku hanya 'khilaf' dan tidak membabitkan  membabitkan salah laku kerja.

Bagaimanapun tinjuan di laman sosial mendapati rakyat kurang senang dengan alasan diberikan ahli dewan Ulamak PAS itu. sebahagian mereka menyifatkannya sebagai angkuh.

Post a comment

0 Comments