K'jaan kemuka usul singkir Adun lompat parti


KERAJAAN
negeri Pulau Pinang bakal mengemuka usul pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri wakil rakyat yang melompat ke parti lain.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, usul itu akan dikemukakan pada Oktober.

Difahamkan, kerusi yang terlibat ialah Adun Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Sementara itu Chow berkata, walaupun kerajaan negeri berhak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong tanpa usul, namun memilih pendekatan lebih “demokratik”.
https://t.me/kartelmedia
Jelasnya walaupun ada undang-undang kes yang menganggap penyingkiran Adun Pulau Pinang sebagai tidak berperlembagaan, sudah tiba masanya mahkamah mengkajinya.

“Hakikatnya, Adun ini tidak mengosongkan kerusi mereka; mereka melakukan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan,” katanya.

Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan yang berkata undang-undang anti lompat parti wajar diuji di mahkamah bagi ditentukan apakah akta seperti itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab gesaan pembangkang di Parlimen, Takiyuddin berkata wajar menunggu kes di Pulau Pinang selesai.

“Oleh kerana Takiyuddin menggesa Pulau Pinang mengambil tindakan tegas bagi menghentikan lompat parti, itu cabaran yang kita akan sahut dengan senang hati,” kata Chow dalam satu sidang media.

Mengikut perlembagaan Pulau Pinang, jika Adun berhenti menjadi ahli parti politik atas tiket yang dimenanginya pada pilihan raya, dia akan segera mengosongkan kerusi itu dan pilihan raya akan diadakan untuk memilih wakil rakyat baru.

“Anda bebas memilih parti yang anda suka, tetapi jangan ambil kerusi anda bersama. Itu pengkhianatan terhadap kepercayaan pengundi. Anda tidak ada kebebasan untuk memilih parti baru selepas anda dilantik,” katanya.

Post a comment

0 Comments