Kluster Sivagangga jangkiti generasi ketiga

 
KLUSTER
Sivagangga yang dikesan sejak beberapa minggu lalu kini dilapor merebak ke 2 negeri di utara iaitu Perlis dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripada 25 jangkitan baru dikesan hari ini berasal dari kluster tersebut.

“KKM ingin melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif Covid-19 dalam kluster PUI Sivagangga. Daripada jumlah itu, 12 kes adalah kes baru yang dilaporkan hari ini' katanya.

berdasarkan laporan, setakat 6 Ogos lalu, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster ini, 43 kes dikesan positif, 2,320 negatif dan 883 masih menunggu keputusan," katanya.

Kes membabitkan kluster Sivagangga sudah menjangkiti sehingga generasi ke-3.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, Dr Noor Hisham ketika mengulas perkembangan Covid-19 hari ini berkata, daripada 25 kes baru dikesan, 16 membabitkan penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import. 

Setakat ini Malaysia merekodkan 9,063 kes Covid-19 dengan 8,728 sembuh termasuk 15 pesakit hari ini.

210 pesakit kini dirawat di hospital di seluruh negara, 2 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian kekal 125 orang dngan tiada kematian dilaporkan hari ini.

Post a comment

0 Comments