Lebih seribu ahli Bersatu keluar parti, 600 sertai KEADILAN


SERAMAI
600 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Teluk Kemang dilapor keluar parti bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perkongsian di laman Facebooknya.

Tindakan keluar parti beramai-ramai itu difahamkan susulan rasa tidak puas hati ahli parti itu terhadap hala tuju dibawa parti tersebut susulan 'langkah Sheraton.

"Saya dimaklumkan oleh wakil mereka saudara Ibrahim Khan Amanulla Khan, langkah keluar Bersatu itu susulan kecewa dengan perjuangan parti yang mengkhianati mandat rakyat selain hilang kepercayaan kepada pucuk kepemimpinannya.

"Saya mewakili keluarga KEADILAN mengalu-alukan penyertaan mereka serta mana-mana pihak yang ingin bersama terlibat dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat berbilang kaum dan agenda reformasi," kata Anwar. 

Dalam perkembangan lain, Seramai 462 ahli Bersatu di lima cawangan di bahagian Gopeng keluar parti.

Abdul Rahim ketika membuat pengumuman
Mereka memberi alasan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti terutama presiden dan timbalan presiden.

Ketua Cawangan Bersatu Kampung Sengat, Abdul Rahim Hassan berkata, cawangan berkenaan ialah Desa Pelancongan, Kampung Sengat, Pekan Razaki, Gunung Rapat Utara dan Desa Pakatan.

Tindakan itu sekali gus menyebabkan kesemua cawangan itu terbubar.

"Kami mengambil keputusan berkuat kuasa serta-merta kerana melihat parti telah lari daripada perjuangan asal," katanya dipetik laporan Sinar.

Post a comment

0 Comments