Lelaki maut jatuh lubang lif


SEORANG
lelaki dilapor maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat lima sebuah tapak pembinaan.

Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku di Lintang Kampung Melayu, Air Itam dekat Georgetown.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.24 petang berhubung kejadian itu.

Mangsa dikeluarkan anggota Bomba
Pihaknya dimaklumkan  seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai terjatuh ketika menjalankan kerja pembinaan di situ.

“Ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati lelaki itu berada dalam lubang lif di tapak pembinaan berkenaan.

"Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP), untuk dibedah siasat.

Post a comment

0 Comments