Lelaki maut terlanggar babi


SEORANG 
lelaki maut setelah dipercayai melanggar seekor babi yang melintas jalan.

Dalam kejadian di Jalan Besar Sungai Tongkang, Rengit pagi tadi, mangsa Shahrulnizam Isrofil, 42 menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 ketika kejadian berlaku.

Mangsa dilapor meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah dialaminya.

Keadaan motosikal mangsa
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II, Ramlee Shaari dalam satu kenyataan berkata sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.14 pagi.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian mendapati berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang telah terbabas dipercayai akibat terlanggar babi yang sedang melintas jalan," katanya.

Tambah Ramlee, anggota bomba membantu membersihkan darah yang berada di atas jalan raya dengan menggunakan air tangki pam jentera.

Mayat  Shahrulnizam kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Post a comment

0 Comments