Lelaki ugut Lim Guan Eng didenda RM 3,000


SEORANG lelaki didenda RM3,000 atau penjara 3 bulan kerana membuat hantaran berbaur ugutan ke atas  bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di laman Facebook

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zigan Mohd Tori, 47 pada perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur siang tadi.

Individu itu melalui didakwa melakukan perbuatan jenayah itu melalui Facebook ‘Zihan Tori’pada 8.06 pagi, 18 Februari lepas. ia berhubung dakwaan penjualan aset Tabung Haji.

Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 28, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur, pada 2.30 petang, hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara setahun.

Dalam perbicaraan itu, Nor Zigan yang diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan ke atas OKS supaya dapat memberikan pengajaran kepadanya dan masyarakat.

"Adalah tidak wajar tindakan OKS yang melepaskan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tindakannya itu boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia," katanya.

Nor Zigan yang dipetik laporan Bernama dilapor membayar denda tersebut.

Post a comment

0 Comments