MB sasar Sikamat jadi DUN contoh


KAWASAN
sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Negeri Sembilan disasarkan untuk dijadikan DUN contoh di negeri itu dalam aspek kebersihan dan pengurusan sampah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dipetik laporan Sinar berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, semua kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan perlu menjalankan tugas dengan komited dan sempurna.

Mereka turut akan dipastikan menjalin kerjasama bersama Pusat khidmat Masyarakat kawasan itu.

"Bagi memastikan DUN Sikamat bersih dan bebas sampah, semua agensi yang terlibat perlu bekerjasama dengan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat dalam memastikan kebersihan dapat ditambah baik.

"Kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab perlu dikenakan tindakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung isu kebersihan di kawasan DUN berkenaan.

Menurutnya, perancangan yang tersusun perlu dirangka supaya matlamat menjadikan Sikamat sebagai DUN contoh dapat direalisasikan.

"Aspek kebersihan memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk penduduk di Sikamat itu sendiri.

"Sikap serta mentaliti orang yang suka membuang sampah sesuka hati perlu diubah bagi memastikan kehidupan generasi akan datang terus terpelihara," katanya. lagi.

Post a comment

0 Comments