Muhyiddin perlu terima kenyataan PN rapuh - Nur Jazlan


MUHYIDDIN
Yassin perlu menerima kenyataan bahawa partinya dan Perikatan Nasional (PN) kini berada dalam keadaan yang rapuh.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Muhyiddin dilihat sibuk membuat rundingan supaya PN dan parti pimpinannya terus kekal mendapat mandat.

"Saya nak tanya, sampai bila Muhyiddin nak ke sana ke sini dan berapa lama dia dapat bertahan dalam sebuah kerajaan yang tak stabil hari ini?

"Berhentilah ke sana ke sini dapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen terutamanya sebelum pembentangan bajet Oktober depan," kata Ketua UMNO Bahagian Pulai dalam satu kenyataan.

Jazlan berkata begitu sebagai mengulas cadangan beberapa pihak terutama dari Muafakat Nasional (MN) yang mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.

"Muhyiddin patut membuka mindanya dan meneliti cadangan daripada Presiden UMNO serta Pas yang meminta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

"Bila kerajaan baharu yang lebih stabil dapat didirikan selepas pilihan raya nanti, banyak kemelut politik mampu diselesaikan. Saya percaya Muhyiddin faham perkara ini," kata.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Muhyiddin sebelum ini dikritik teruk susulan cadangan mereka untuk menubuhkan sayap bukan Melayu dalam parti itu.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan PN meletakkan jawatan dari kerajaan kerana berpandangan tindakan Bersatu itu melanggar prinsip asas penubuhan MN.

Post a comment

0 Comments