Pejuang akan berdepan Umno pada PRK Slim


KUMPULAN
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan peguam Amir Khusyairi Tanusi sebagai calon bebas mewakili parti baru yang ditubuhkan mereka sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Watikah pencalonan itu disampaikan oleh Mahathir yang turut disaksikan bekas setiausaha PPBM Marzuki Yahya.

Amir, 38, anak jati Perak merupakan pemegang ijazah sarjana muda undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan fasih dalam 3 bahasa termasuk bahasa Arab.

Pakatan Harapan (HARAPAN) Sebelum ini mengumumkan tidak bertanding di PRK tersebut bagi memberi laluan kepada kumpulan Dr Mahathir.
https://t.me/kartelmedia
Dalam majlis pengumuman itu juga, Dr Mahathir mengumumkan Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai nama baru parti politik yang ditubuhkannya.

Mahathir dalam ucapannya mengkritik pentadbiran Muhyiddin dengan mendakwa bahawa mereka tidak berjuang atas dasar perjuangan bangsa, agama dan negara tetapi mengutamakan jawatan dan gaji yang besar.

“Muhyiddin tanya, sokong saya atau tidak? Kalau sokong kita bagi jadi menteri. Tiada jawatan menteri pun kita bagi ada jawatan. Inilah Muhyiddin, apa yang ada pada Muhyiddin hari ini adalah sebab duit. Bukan perjuangan.

“Ini politik wang, bukan sebab perjuangan nak bangunkan negara tetapi apa aku dapat,” katanya.

Beliau turut mempelawa ahli PPBM yang sudah meninggalkan parti itu menyertai parti baharunya atas prinsip memperjuangkan bangsa dan agama yang dikhianati Muhyiddin.

Sementara itu, Khusyairi bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Zaidi Aziz.

Pencalonan Zaidi yang diumumkan diumumkan sebagai pemangku ketua Umno Tanjung Malim bulan lalu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad di Trolak, petang semalam.

PRK Slim diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai.

Post a comment

0 Comments