Pelan Induk Ekonomi Digital: MTUC Kririk Putrajya


KONGRES 
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengkritik kerajaan Persekutuan kerana didakwa gagal bertindak sepatutnya dalam isu pekerja.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, Putrajaya tidak mengadakan rundingan dengan MTUC dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) sebelum memutuskan untuk melancarkan Pelan Induk Ekonomi Digital.

Menurutnya, perkara itu hanya diketahui melalui laporan media apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed mengumumkan kerajaan berhasrat melancarkan inisiatif.

“Kerajaan, terutama Kementerian Sumber Manusia, belum mengadakan 1 pertemuan pun dengan Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) sejak kerajaan terbentuk 6 bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Solomon mendesak Putrajaya melibatkan pemegang taruh dalam perancangan Pelan tersebut bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

Tegasnya, sebarang tindakan meminggirkan pemegang taruh dalam dasar tersebut akan menyebabkan kegagalan melindungi kebajikan pekerja, yang mungkin diberhentikan oleh bank dengan alasan mahu seiring dengan pendigitalan dan automasi.

"Pelan induk akan jadi tidak produktif jika tiada undang-undang yang relevan dan efektif untuk melindungi pekerja kerana syarikat secara agresif menekankan automasi dan pendigitalan.

“Kami sekeras-kerasnya menggesa kerajaan membuat rundingan yang bermakna dan efektif dengan NLAC bagi memastikan pandangan pekerja dan majikan didengar dan dipertimbangkan secara kolektif.

“Hanya dengan proses ini, kerajaan dapat melaksanakan pelan induk itu secara menyeluruh yang melindungi kepentingan pekerja juga.” jelasnya lagi.

Post a comment

0 Comments