Pemimpin Umno mahu Khairuddin didakwa



SEORANG
Pemimpin  Umno Mohd Puad Zarkashi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap nilai kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap seorang pemimpin ulama PAS yang melanggar perintah wajib kuarantin.

Melalui satu kenyataan Mohd Fuad berkata, kadar kompaun dikenakan terhadap Khairuddin terlalu rendah dan amat tidak adil.

Menurutnya, ia seolah-olah membayangkan berlaku sikap “double standard” dalam kes melibatkan menteri persekutuan itu.

“Dia menteri. Berjawatan dalam parti dan dia seorang Islamis. Kenapa sanggup langgar peraturan?

“Dia sanggup pulangkan gaji 4 bulan. Itu bukti dia sendiri mengaku kesalahannya amat berat dan memalukan,” kata sebahagian kenyataannya.

Khairuddin sebelum ini dikritik ramai apabila dikatakan tidak menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Ia didedahkan Teresa Kok dari DAP di Dewan Rakyat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam berkata, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah dikompaun kerana melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan dia telah menjelaskan kompaun itu pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut kemudiannya dipertikai warganet.

Mereka bukan sahaja mengenai hukuman dikenakan ,tetapi tarikh dia didakwa menjelaskan kompaun dikenakan.

Sementara itu, Mohd Fuad turut menegaskan bahawa Khairuddin sepatutnya didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar perintah kuarantin selama 14 hari dan tidak berselindung dibelakang KKM bagi menutup kesalahan dilakukan.

“Jangan gunakan KKM untuk ‘cover line’. Khairuddin patut didakwa di Mahkamah.

“Ada 2 isu besar di sini. Pertama melanggar peraturan kuarantin 14 hari bagi yang baru pulang dari luar negara. Kedua, jumlah kompaun ikut suka hati aku,” katanya lagi.

Post a comment

0 Comments