Pendakwah kecewa menteri tak patuh SOP

SEORANG pendakwa terkenal, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang seorang individu berprofil tinggi yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin Covid-19.

Dr Rozaimi Ramle yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menyampaikan rasa kecewa itu melalui satu catatan di laman Facebooknya.

Walaupun tidak menyebut secara langsung individu itu, namun dipercayai ia merujuk kepada tindakan seorang menteri dari PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali yang baru-baru ini didakwa gagal melakukan kuarantin kendiri selepas pulang daripada kunjungan luar negara.

"Nasihat saya supaya patuhlah SOP untuk kawalan Covid-19. Bila anda tidak patuh, anda mungkin akan menyusahkan kakitangan KKM bila jangkitan berlaku. Ambillah contoh kes kluster Sivagangga. SOP dibuat untuk kebaikan bersama.

"Sedih sungguh apabila pemimpin negara sendiri tidak patuh SOP untuk kuarantin diri.

"Saya hanya menyatakan kesedihan sahaja, jangan sekeh kepala saya pula," katanya melalui catatan tersebut.

Khairuddin sebelum ini dikecam warga maya, ia selepas pendedahan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mendakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu gagal melakukan kuarantin kendiri 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki dari 3 hingga 7 Julai lalu.

Komen berkaitan kluster Sivagangga
Semalam. Teresa sekali lagi mendedahkan, Khairuddin menghadiri banyak program seluruh negara sepanjang tempoh wajib kuarantin termasuk menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat pada hari undi bagi menggantikan Speaker dewan.

Teresa turut mempersoalkan apakah keluarga dan pegawai pengiring Khairuddin yang didakwa turut serta dalam lawatan itu mematuhi perintah wajib kuarantin.

Tidak puas hati dengan sikap Khairuddin, beberapa pihak semalam tampil bertindak memfailkan laporan polis bagi mendesak tindakan menteri itu disiasat dan seterusnya dikenakan tindakan.

Malah bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik pula berkongsi pautan Twitter Khairuddin yang mengkritik tindakan individu yang menjadi punca Kluster Sivagangga yang menurutnya ingkar perintah.


Sementara itu, Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung yang sering memberikan kuliah dan pandangan tentang agama turut mengulas isu serupa.

Firdaus mengingatkan penyokong Khairuddin tidak menjadikan agama untuk memberi justifikasi kesalahan.

“Jangan taksub parti. Salah tetap salah.
“Kerajaan membuat ketetapan wajib kuarantin 14 hari setelah pulang dari negara maka bagaimana mungkin seorang Menteri dari kerajaan sendiri tidak patuh?
“Jikalau tiada tindakan ke atas Menteri tersebut, maka jangan salahkan rakyat kalau mereka berpendapat double standard,” tulis Firdaus di laman Facebook.

Post a comment

0 Comments