Penyerang Christchurch dipenjara seumur hidup


PENGGANAS
yang melakukan serangan ke atas dua buah masjid di New Zealand, Brenton Tarrant dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Hakim Cameron Mander yang dipetik laporan The Sydney Morning Herald menyatakan perbuatannya sebagai zalim dan dan tidak berperikemanusiaan.

"Tanggungjawab mahkamah ini adalah untuk memberikan tindak balas dalam cara untuk menolak dengan tegas perbuatan jahat.

"Kamu dengan sengaja membunuh seorang budak yang berumur tiga tahun ketika dia memaut pada kaki bapanya," kata hakim tersebut.

Tarrant, 29, seorang warga Australia mengaku salah terhadap 51 tuduhan pembunuhan, 40 percubaan membunuh dan satu dakwaan keganasan berhubung perbuatannya melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Mander bertanya kepada Tarrant sama ada dia mahu bercakap di dalam mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, dia menolak untuk berkata apa-apa sebaliknya mengucapkan ayat 'terima kasih.'

Post a comment

0 Comments