Pertubuhan antirasuah bimbang situasi di Sabah


PERTUBUHAN
antirasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) merasa aneh apabila berlaku peralihan sokongan besar-besaran wakil rakyat kerajaan Sabah kepada pembangkang diketuai Musa Aman secara tiba-tiba.

Presiden TI-M, Muhammad Mohan, mempersoalkan apakah perubahan sokongan itu dipengaruhi faktor-faktor luaran, sehingga menyaksikan sebuah gabungan yang menguasai dua per tiga dewan undangan negeri jatuh.

"Bolehkah ini terjadi tanpa sebarang insentif?" soalnya dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysiakini.

Pandangan TM-I itu hadir selepas beberapa Adun Sabah mendakwa mereka ditawarkan sejumlah wang dan jawatan untuk berpaling tadah.

Antara Adun Sabah yang mengaku ditawarkan habuan untuk berpaling tadah daripada kerajaan Warisan ialah Dumi Pg Masdal. ADUN Lahad Datu itu mendakwa dia dijanjikan bayaran RM5 juta untuk meninggalkan Warisan, dan RM20 juta untuk menjadi menteri Sabah.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, TM-I berkata, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijadualkan akan diadakan, kebimbangan seterusnyma ialah sama ada berlaku aktiviti membeli undi atau tidak dalam kalangan orang ramai.

"Kami tahu ini merupakan tugas sukar tetapi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti melakukan apa yang termampu bagi menghalang tindakan yang tidak boleh dimaafkan itu daripada berlaku.

"Rakyat pula tidak sepatutnya membiarkan ia terjadi kerana rasuah akan memusnahkan setiap inti pati demokrasi," katanya lagi.

Muhammad juga menggesa agar semua anggota dewan undangan negeri (Adun) Sabah melaporkan sebarang cubaan merasuah mereka kepada SPRM walaupun bukti mengenainya sukar dikumpul.

Menurutnya ada kewajiban berkanun untuk seseorang melaporkan perbuatan cubaan menawarkan rasuah tersebut kepada pihak berkuasa.

Post a comment

0 Comments