Petronas SRT mahu ulangi kejayaan di litar Brno


KEMENANGAN berganda pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dalam dua perlumbaan di Litar Jerez, Sepanyol melalui Fabio Quartararo baru-baru ini melonjakkan semangat pasukan itu.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, ia pastinya menjadi pembakar semangat untuk perlumbaan seterusnya di GP Republik Czech yang berlangsung di Litar Brno, minggu depan.

Bagaimanapun jelasnya, pasukan itu mahu memastikan dapat melakukan yang terbaik di perlumbaan seterusnya di litar Brno, Republik Czech pada 9 Ogos ini terutama apabila salah seorang pelumba mereka gagal menamatkan perlumbaan ekoran masalah teknikal.

"Ia satu kemenangan yang hebat buat Fabio di MotoGP! Kemenangan berturut-turut ini menjadikannya berada di tangga teratas kejuaraan.

"Namun, nasib tidak baik buat Franky (Franco Morbidelli) kerana saya menjangkakan boleh meraih kemenangan satu-dua buat pasukan kami.

"Kami bersimpati (dengan Morbidelli) kerana beliau berada dalam keadaan baik sepanjang minggu ini dan berhak mendapat keputusan yang baik," katanya dalam satu kenyataan.

Quartararo atau diberi gelaran 'El Diablo' meraih kejuaraan keduanya musim ini selepas GP Sepanyol minggu lepas, dengan mencatat 41 minit 22.666 saat, diikuti dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha Maverick Vinales dari Sepanyol di tempat kedua dan pelumba sensasi Valentino Rossi di tempat ketiga.
https://t.me/kartelmedia
Perlumbaan itu berlangsung dalam dalam keadaan panas terik yang mencabar dengan suhu 38 darjah Celcius.

Morbidelli yang bermula dari petak kesembilan bagaimanapun, gagal menamatkan perlumbaan ketika berbaki sembilan pusingan berikutan masalah jentera yang dialaminya.

Kejayaan di GP Andalusia ini menyaksikan Quartararo mengungguli kejuaraan MotoGP dengan mengumpul 50 mata, 10 mata dihadapan Maverick Vinales. Morbidelli pula di kedudukan ke-10 dengan 11 mata.

Post a comment

0 Comments