Polis cadang hadkan kemasukan ke Teluk Chempedak


PIHAK
berkuasa polis mahu mencadangkan agar kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di Kuantan dihadkan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali dipetik satu laporan berkata, langkah itu selepas tinjuan mendapati pengunjung ke kawasan perkelahan itu ramai sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.

Langkah itu juga sebahagian usaha bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.

"Pengunjung masih berterusan mahu masuk menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u. Kita telah terangkan situasi yang berlaku dan minta supaya mereka kembali semula pada hari lain kerana ini melibatkan aspek keselamatan.
https://t.me/kartelmedia
"Walaupun tinjauan di pantai mendapati pengunjung akur menggunakan pelitup muka seperti arahan kerajaan, namun jumlah yang terlalu ramai menyukarkan mereka mengamalkan penjarakan fizikal," katanya.

Mohamad Noor berharap masyarakat dapat memahami tindakan itu terpaksa diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pada perkembangan berkaitan, Mohamad Noor berkata mereka mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana tidak memakai pelitup muka pada operasi pematuhan di sekitar bandar ini, Teluk Cempedak, Terminal Sentral Kuantan dan sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Operasi itu diadakan selama dua jam bermula 4 petang dan selain polis, turut melibatkan anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MPK.

Mohamad Noor juga menasihatkan ibu bapa untuk peka dengan keberadaan anak terutamanya golongan remaja, supaya turut mematuhi peraturan menggunakan pelitup muka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan denda RM1,000.

"Mereka yang banyak ditegur kerana tidak menggunakan pelitup muka dengan betul adalah golongan remaja. Jika ditahan, kita akan memanggil ibu bapa mereka supaya mereka tahu kesalahan yang telah dilakukan anak mereka," katanya.

Post a comment

0 Comments