Pulau Pinang tidak bubar DUN jika PRU mengejut


KERAJAAN
Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Pilihan Raya Umum (PU) secara tergempar.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri hanya berusia kira-kira 2 tahun dan tidak ada keperluan untuk pilihan raya diadakan segera.

“Kita akan memantau keadaan secara dekat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Chow diminta memberi desas-desus kononnya Muhyiddin akan meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.

https://t.me/kartelmedia
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Padang Kota itu menegaskan bahawa  banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum sesebuah pilihan raya diadakan.

"Krisis Covid-19, penamatan insentif yang mungkin mencetuskan ketidakseimbangan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan perniagaan sudah pasti merupakan keadaan yang tidak memihak kepada pilihan raya.

“Keadaan politik (semasa) negara juga boleh dianggap tidak stabil susulan kekalutan dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Pilihan Raya negeri (PRN) Sabah yang diadakan, Chow berkata, ia keadaan berbeza kerana pilihan raya terpaksa diadakan bagi menamatkan krisis politik yang berlaku di negeri itu yang menyebabkan keadaan tidak stabil di pihak kerajaan negeri.
 

Post a comment

0 Comments