Rakyat Sabah tak peduli Azmin dan Zuraida - Penganalisis


KEHADIRAN
dua bekas pemimpin yang berpaling tadah, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin ke Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) dilihat tidak akan memberi impak besar.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Rahezzal Shah Abd Karim dipetik laporan FMT berkata, kehadiran 2 bekas pemimpin KEADILAN itu tidak memberi impak kepada keadaan politik di Sabah malah “tiada siapa” peduli kehadiran mereka.

“Bagi saya, tiada yang ambil peduli dengan kehadiran mereka (di Sabah). Rakyat mungkin tahu Azmin adalah salah seorang yang memainkan peranan dalam langkah Sheraton, tetapi secara amnya di Sabah, saya fikir orang tidak begitu peduli dengan kehadirannya di sini.” katanya.

Rahezzal sebelumnya mengulas lawatan  kdeua-dua menteri persekutuan itu ke Sabah baru-baru ini.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung dipetik laporan sama sependapat dengan pandangan Rahezzal. 

Katanya, dari segi populariti di Sabah, Azmin dan Zuraida jauh ketinggalan berbanding pemimpin besar lain.

“Kita tidak dapat nafikan dengan PRN yang bakal berlangsung, ramai pemimpin politik dari Semenanjung akan datang ke Sabah untuk membantu rakan-rakan mereka berkempen.

”Namun, saya khuatiri PRN Sabah akan menjadi percakaran politik Semenanjung di sini, walhal sepatutnya isu-isu prioriti Sabah yang harus dijadikan keutamaan ataupun fokus kepada PRN negeri ini nanti," tambahnya.

Post a comment

0 Comments