Calon Pejuang kalah di Slim (Update)


CALON
Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz mempertahankan kerusi Undangan Negeri Slim.

Menurut keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Zaidi menang dengan majoriti 10,945 undi apabila meraih 13,060 undi. Manakala calon bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 2,115 undi.

Seorang lagi calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, Santhara Sekaran Subramaniam meraih hanya meraih 276 undi.

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah sebanyak 68.4 peratus

Seramai 14,342 pengundi atau 60% daripada 23,094 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 3 petang tadi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Khusairi menjadi Adun Slim sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.

Pada PRU14, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim ialah PRK ke-2 yang diadakan dalam normal baru susulan penularan Covid-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu.

Sementara itu, Semua penyokong parti diingatkan untuk tidak membuat perarakan meraikan kemenangan atau melakukan sebarang provokasi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sebarang perhimpunan atau perarakan di mana-mana lokasi sama ada sebelum, semasa atau selepas penjumlahan rasmi dan pengumuman keputusan pilihan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Post a comment

0 Comments