Tiga maut kemalangan dengan lori sawit


TIGA
individu maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Dalam kejadian di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh dekat Padang Tengku di sini petang semalam, Faizul Idzafi Azmi, 34, yang memandi kereta jenis Proton Wira maut di tempat kejadian.

Dua lagi individu Mohamed Rozuan Mohamed Yusof, 32, dan Roziah Mohamed Yusof, 22 yang turut berada dalam kereta tersebut juga terbunuh.

Operasi mengeluarkan mangsa | Foto- Sinar
Seorang lagi penumpang kenderaan tersebut, Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, dari Kampung Raja, Terengganu mengalami cedera parah. Bagaimanapun, pemandu lori sawit tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, Faizul beralamat di Keterah, Kelantan
, manakala Mohamed Razuan dan Roziah yang merupakan adik beradik pula beralamat di Bukit Jering, Jeli.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor yang dipetik satu laporan berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dari arah Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Sampai di tempat kejadian, lori embawa muatan kelapa sawit itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa," katanya.

Susulan itu , mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat, mangsa yang parah dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya Azli lagi.

Post a comment

0 Comments