Tuduhan tiada asas, Lim dakwa bermotif politik


BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan tuduhan terlibat dengan rasuah dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Bercakap kepada pemberita sebaik dibawa ke Mahkamah siang tadi, Lim menegaskan bahawa dia tidak pernah menerima apa-apa suapan pun dalam projek itu dan tuduhan dikenakan terhadapnya bermotifkan politik yang semata-mata bagi mencemarkan reputasinya.

"Dia (SPRM) tak pernah bertanyakan mana suapan saya, sama ada dalam bentuk wang tunai atau pun dalam akaun bank saya. Tak ada puluhan juta, tak ada bilion ringgit.

“Jadi di mana rasuah?” katanya.
https://t.me/kartelmedia
Semalam, Setiausaha Agung DAP itu diperintah hadir ke ibu pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia), Lim dibawa ke Mahkamah pagi tadi.

Lim dituduh meminta suapan berjumlah 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada pengarah kanan eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli

Permintaan itu didakwa dibuat Lim sebagai ganjaran bagi membantu Zenith Construction untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu ddidakwa dilakukan pada bulan Mac 2011, berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur, semasa menjawat jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

“Saya akan lawan tuduhan rasuah ini yang saya rasa bermotifkan politik, tak berasas, untuk mencemarkan nama baik saya sebagai seorang anggota parlimen dari pembangkang.

“[...] Kita akan serah kepada mahkamah untuk membuktikan bahawa saya memang tak bersalah,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam, Gobid Singh menyifatkan tuduhan dikenakan terhadap Lim sebagai tidak mempunyai asas.

Menurutnya, tidak ada angka sebenar jumlah suapan dinyatakan dalam pertuduhan rasuah itu.

"kami bimbang bahawa tak ada asas terhadap pertuduhan itu. Kalau kamu lihat pada pertuduhan ke atas anak guam saya, tak ada angka sebenar yang dinyatakan dalam pertuduhan.

“Apa yang dinyatakan hanyalah permintaan beberapa peratus tertentu untuk diberikan melalui pengadu daripada projek tertentu. Kami akan gunakan proses mahkamah untuk membuktikan anak guam saya tidak bersalah,” kata  Ahli Parlimen Puchong itu dalam sidang media serupa.

 

Post a comment

0 Comments