Wakil calon dakwa BN langgar peraturan kempen


SEORANG
wakil kepada calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran peraturan dalam PRK itu.

Amirul Fairuzzen Jamaluddin yang merupakan pengurus kempen kepada calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim.

Memetik laporan Bernama, difahamkan, pelanggaran peraturan itu membabitkan penganjuran Karnival Kerjaya dan Kemahiran JobsMalaysia yang berlangsung di Slim River.

Amirul mendakwa pameran kerjaya yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan, melanggar peraturan kempen pilihan raya di bawah Seksyen 10 (B) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sebagai rekod, sebelum ini Aangkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak turut mendakwa berlaku beberapa pelanggaran peratusan semasa kempen diadakan. 


Pengarah Komunikasi AMK negeri, Ashraf Kahasani berkata, pihaknya menyedari bukan sahaja kemudahan kerajaan telah digunakan sebagai bilik gerakan, tetapi  penjawat awam daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri turut terlibat dalam kempen secara terbuka.

Post a comment

0 Comments