Warga emas maut, kenderaan terjunam dari tingkat 3


SEORANG
warga emas dilapor maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah apartment lewat petang semalam.

Dalam kejadian di Bandar Baru Sentul itu, mangsa yang berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa lelaki warga emas memandu pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dipercayai terlanggar tembok tempat letak kereta sebelum kenderaannya terjunam ke bawah.

"Kereta berkenaan kemudian terjunam ke kawasan lapang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tiba di lokasi," kata Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hafizan Hassan dalam kenyataan.

Sementara itu menurut Hafizan, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.18 petang.

Susulan itu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

Difahamkan, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Post a comment

0 Comments