Yakin dengan KEADILAN, calon Bersatu tukar parti


BEKAS calon parti Bersatu yang bertanding bagi Parlimen Kuala Krau Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meninggalkan parti itu bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Mohamad Rafidee Hashim menegaskan, tindakan tersebut atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Melalui satu kenyataan, Rafidee berkata, beliau mahu terus bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi bagi merealisasikan negara ke arah lebih baik dan meyakini KEADILAN sebagai sebuah parti yang konsisten dan berprinsip dalam usaha memperjuangkan reformasi.

Beliau yang juga bekas ketua bahagian Bersatu Kuala Krau turut mengumumkan 200 ahli termasuk dari kepimpinan Bersatu sebelum bersamanya menyertai KEADILAN.

Tindakan jijik yang membelakangkan mandat rakyat demi nafsu dan kuasa oleh Bersatu menjadikan saya tidak lagi yakin dengan perjuangan Bersatu. Bersatu yang bersekongkol dengan UMNO/BN yang dulu dikenali sebagai 'kleptokrasi' amat mengecewakan saya," katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin utama KEADILAN Pahang menyifatkan tindakan pemimpin Bersatu menyertai parti itu sebagai satu langkah tepat.

Ketua Komunikasi PKR Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, penyertaan bekas pemimpin itu kedalam KEADILAN menunjukkan mereka sudah tidak yakin dengan perjuangan Bersatu yang sanggup membelakangi mandat rakyat.

Post a comment

0 Comments