Zarco dan Hafizh Shahrin buat kejutan di kelayakan GP Czech


DUA
bekas pelumba Yamaha Tech 3 membawa kejutan dalam sesi kelayakan Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno semalam.

Johann Zarco yang menunggang jentera GP19 Ducati bagi pasukan Esponsorama Racing tanpa disangka menguasai sesi kelayakan sekaligus menjadi pelumba yang akan berada di petak utama perlumbaan hari ini dengan catatan masa 1'55.687.

Kejayaan meraih petak utama itu merupakan ke-5 Zarco dalam kelas premium dan yang pertama sejak 2018.

Ia juga kejayaan pertama pasukan 'idependent' Ducati merebut petak hadapan sejak kali terakhir ia dilakukan Jack Miller pada 2018.

"Hari ini adalah kejayaan yang lebih besar daripada apa yang kami rencanakan.

"Dengan kedudukan hari ini, saya dapat kelebihan pada awal perlumbaan esok, tetapi walaupun kekal di lima teratas, ia cukup bagus," kata Zarco.
https://t.me/kartelmedia
Selain Zarco, dua pelumba dari pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli akan berada di barisan hadapan.

Morbedilli yang gagal menyambar pole untuk perlumbaan selepas menunjukkan prestasi baik pada sesi ujian bebas akan berada di kedudukan kedua dan rakan sepasukannya di kedudukan ketiga.

Sementara itu, dalam kelas Moto 2, bekas rakan sepasukan Zarco, Hafizh Syahrin (Openbank Aspar Team) turut membuat kejutan apabia mencatatkan masa ke-4 terbaik pada sesi kelayakan semalam.

K
etinggalan 0.453s berbanding Joe Roberts (Tennor American Racing) yang meraih 'pole', pencapaian terbaik Hafiz pada musim ini berbanding kedudukan grid ke-15 pada GP Sepanyol sebelum ini.
"Alhamdulillah kami berjaya meraih P4, kami sudah menunjukkan peningkatan sejak hari pertama.

"Kami mengadakan sesi perbincangan yang agak lama semalam dan akhirnya berjaya mengubah jentera ini jadi lain dari yang lain," katanya selepas sesi ujian masa sebentar tadi.

Dalam perlumbaan kelas itu esok Hafiz akan berada di barisan kedua grid perlumbaan dengan jentera Speed Up.

Manakala , Sam Lowes (Marc VDS) dan Enea Bastianini  (Italtrans Racing Team)  berada di baris utama bagi memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga disamping Roberts.

Peluang Hafizh merebut kedudukan podium esok dilihat cerah.
 

Post a comment

0 Comments