11 kes baru Covid-19 dikesan


SEBANYAK
11 kes baru Covid-19 telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 9,385.

Daripada 11 kes baru yang dilaporkan, 7 adalah kes import melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 5 bukan warganegara.

“7 kes import adalah dari India, iaitu 5 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dari Arab Saudi (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagi 4 kes penularan dalam negara, 3 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan 1 kes bukan warganegara.

Difahamkan, 3 kes dikalangan warganegara itu membabitkan 1 kes daripada kluster Telaga di Kedah; 1 kes daripada kluster DTI Semenyih dan 1 kes daripada kluster DTI Semenyih di Negeri Sembilan.

Manakala kes saringan tahanan yang bakal dihantar pulang ke negara asal di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Beranang membabitkanbukan warganegara.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan 9 pesakit sembuh hari ini, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 9,092 kes.

165 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital di seluruh negara dengan 3 daripada 4 pesakit yang di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan.

Post a comment

0 Comments