31 kes Covid-19 dikesan hari ini


KEMENTERIAN Kesihatan hari ini mengumumkan 31 kes baru berkaitan Covid-19.

Melalui satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes itu dikesan di Sabah.

Daripada 31 kes baru yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara, manakala 28 kes lagi melibatkan penularan di dalam negara.

Mengulas mengenai 28 kes penularan di dalam negara pula, Dr Noor Hisham berkata, 19 kes adalah warganegara Malaysia manakala sembilan kes adalah bukan warganegara.

Sabah mencatat 28 kes baru, dengan 17 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana lapan kes melibatkan bukan warganegara.

"Satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai; satu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu; satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Kudat; satu kes saringan rujukan ke Hospital Tawau; satu kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9454.

"Beliau merupakan anak kepada kes ke-9454; da satu kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat," jelasnya.

Negeri Sembilan pula mencatatkan empat kes baru daripada Kluster Bunga dan Kedah satu kes baru daripada Kluster Sungai.

Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah keseluruhan kes covid-19 dikesan di Malaysia setakat kini ialah sebanyak 9,946 kes.

Manakala jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,203 kes (92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 615 kes dengan 5 daripada 11 pesakit di rawat di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan korban berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128.

Post a comment

0 Comments