45 kes baru dicatatkan hari ini


SEBANYAK
45 kes baharu dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 9,628 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 45 kes baharu, satu kes import.

Kes tersebut membabitkan seorang warganegara yang pulang dari negara Brazil.

Sementara daripada 44 kes penularan di dalam negara, 11 kes dalam kalangan warganegara Malaysia dan 33 kes membabitkan bukan warganegara.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 24 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih sepenuhnya sebanyak 9,167 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Setakat ini  terdapat 333 kes aktif.

"Sembilan kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes, 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Post a comment

0 Comments