58 kes baru, 48 dikesan di Sabah


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 58 kes baru Covid-19 dilaporkan pada Sabtu.

Daripada 58 kes itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 53 adalah melibatkan penularan tempatan.

Daripada jangkitan tempatan, 48 kes dikesan di Sabah termasuk 44 dari kluster Benteng LD dan 3 dari Kluster Laut.

Sementara 5 kes lain melibatkan Kluster Sungai di Kedah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,868 kes," katanya.

Sementara itu jelasnya, 8 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 9,189 kes atau 93.12 peratus dari keselurahan kes.

Sebanyak 551 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 5 daripada 9 pesakit yang berada di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Post a comment

0 Comments