AMK pertikai keasbahan calon PN


TIADA
rekod pendaftaran Perikatan Nasional (PN) ditemui di sesawang Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Perkara itu didedahkan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman melalui satu kenyataan.

Katanya, melalui makluman media permohonan untuk pendaftaran PN kononnya telah dihantar pada 20 Ogos 2020, susulan itu beliau melakukan semakan untuk mengetahui status permohonan tersebut.

Bagaimanapun sehingga awal pagi tadi, semakan seterusnya ke atas nama 'Perikatan Nasional' atau 'Prikatan Nasional' tidak menemui sebarang rekod daftar.

Sehubungan itu beliau menggesa ROS tampil menjelaskan kepada rakyat status pendaftaran gabungan politik itu yang didakwa sudah dikemukakan.

"Saya menggesa ROS untuk memberikan pencerahan apakah status pendaftaran parti PN.

Melalui kenyataan sama, Syed Badli mempersoalkan keasbahan semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bertanding dibawah tiket PN.

Syed Badli bimbang kesemua 29 calon PN di PRN itu menjadi tidak sah.

"Jika benar parti PN masih gagal didaftarkan bererti semua calon-calon yang masuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini di atas bendera PN haruslah dibatalkan," katanya lagi.

Sebagai rekod, pada Pilihan Raya Kecil Slim, calon mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi  bertanding sebagai calon bebas susulan proses pendaftaran parti itu belum selesai.

Post a comment

0 Comments