Anwar dilapor 'buka langkah' di Sabah


PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dilapor bakal berada di Sabah hari ini untuk melancarkan jentera pilihan raya parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang bakal berlangusung.

Menariknya, menurut laporan FMT, pelancaran itu dijangka akan diadakan secara besar-besaran dengan pemimpin kanan parti lain.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tony Paridi Bagang ketika mengulas pendedahan itu berkata, Anwar mahu menunjukkan mesej jelas bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipengerusikannya sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRN itu.

“Dengan turun padang, Anwar menunjukkan sokongan penuh kepada partinya, rakan dalam Pakatan Harapan, dan juga Warisan dan Upko,” katanya kepada FMT.

Menurut Tony lagi, langkah itu merupakan satu strategi mendesak parti lain menganjurkan majlis pelancaran yang hebat sekaligus menunjukkan kekuatan gabungan itu kepada rakyat Sabah.

“Warisan Plus (gabungan Warisan, PH, dan Upko) bukan pakatan rasmi. Menganjurkan majlis pelancaran jentera yang besar satu lagi cara untuk mendorong Warisan dan Upko berbuat demikian secepat mungkin.”

Keberadaan Anwar juga jelasnya dijangka akan membantu harapan parti itu mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang.

Dengan rundingan kerusi dalam kalangan parti belum dimuktamadkan, KEADILAN berharap Anwar akan membantu aspirasinya untuk bertanding lebih daripada 9 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas.

Post a comment

0 Comments