Anwar jawab pengkritik, mesej disampaikan tak pernah berbeza


MESEJ
perjuangan yang sering disampaikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar sentiasa konsisten.

Anwar, dalam ucapan semasa memberi taklimat kepada ahli parti itu di Kota Kinabalu pagi tadi menjawab kritikan musuh politiknya yang mendakwa  Anwar sebagai "sesumpah" (chamelon) yang menyampaikan ucapan berbeza mengikut komuniti.

"(Khalayak) itu bagi saya penting. Kita tengok khalayak. Ada orang kritik kata Anwar sekejap baca al-Quran, sekejap petik Shakespeare, sekejap pergi menari tarian masyarakat India atau sampaikan tazkirah.

"Dia tak faham. Takkan saya pergi kampung bagi tazkirah di masjid quote Shakespeare, Winstons Churchill atau Abraham Lincoln?," katanya.

Tambah Anwar, disebalik petikan-petikan berbeza itu, namun mesej disampaikan tidak berubah.

"Apa yang tak berubah, kita tak bohong. Kita petik Quran, kita cakap tentang keadilan. Kita petik Shakepeare di bandar, kita cakap tentang keadilan.

"Ketika kita bercakap dengan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut, kita cakap soal keadilan dan kasih sayang," tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi.

Anwar tiba di Sabah semalam untuk melancarkan jentera pilihan raya KEADILAN bagi Pilihan Raya negeri (PRN) yang bakal diadakan.

Beliau turut mengadakan dengan Presiden Warisan Shafie Apdal, yang juga ketua menteri Sabah, pagi ini bani membincangkan isu berkaitan PRN tersebut.
 

Post a comment

0 Comments